Latest News

Bagaimana Meletakkan Aksesori Jam Pada Blog

Saturday 13 June 2009 , Posted by Faiz at 10:03

Untuk blog tampil lebih menarik, anda boleh meletakkan aksesori tertentu seperti jam, kalendar, chatbox dll. Dalam tutorial kali ini, kita akan belajar bagaimana meletakkan jam pada blog. Banyak website yang menyediakan kemudahan ini dan antaranya ialah http://www.clocklink.com/ . Ikuti langkah-langkah mudah seperti berikut.

1. Sila klik ke link berikut à http://www.clocklink.com/. Klik pada Want a clock on your website?



2. Banyak koleksi jam yang disediakan seperti Analog, Digital, Animal, Animation, Transparent dll.



3. Pilih satu daripada koleksi jam tersebut dan klik View HTML tag yang berada di bawah jam yang dipilih.





4. Tetingkap berikut dipaparkan dan klik butang berlabel Accept.



5. Setkan warna jam, saiz jam dan Bandar berdekatan dengan tempat tinggal anda : Untuk Malaysia sila tick pada Select by City, pilih Malaysia dan secara otomatik Bandar yang keluar ialah Kuala Lumpur.

6. Copy kod HTML yang diberikan pada aplikasi WORD atau notepad.
7. Login ke blog anda seperti biasa. Pergi ke bahagian Layout --> Add a Gadget --> HTML/JavaScript seterusnya paste kod tadi di ruangan yang disediakan. Jangan lupa klik butang SAVE.

Bagaimana dengan hasilnya? Jika jam yang dipilih tadi tidak sesuai untuk digandingkan dengan latarbelakang blog, anda boleh mencuba koleksi jam yang lain dengan cara yang sama seperti yang telah ditunjukkan. Jumpa lagi pada posting yang berikutnya.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment