Latest News

Melayu Boleh Jadi Billionaire Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tuesday 16 June 2009 , Posted by Faiz at 21:36

Melayu Boleh Jadi Billionaire Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Beberapa hari lepas seorang Anak Melayu telah di anugerahkan dengan gelaran Tokoh Melayu Terbilang 2009, satu anugerah yang tinggi diberikan kepada individu yang memberi khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah penerimanya pada tahun ini. Beliau merupakan usahawan koporat yang berjaya meletakkan nama bangsa Melayu sebaris dengan pelopor ekonomi bangsa lain.


Namun dengan kekayaan dan kemewahan yang dimiliki sedikit pun beliau tidak merasa tinggi diri malah mudah untuk di ajak bicara dengan apa topik sekali pun tidak mengira pangkat dan darjat.



Anak Melayu kelahiran Negeri Jelapang padi ini bermula dengan tiada apa-apa. Datang dari keluarga yang serba sederhana, namun berkat semangat dan usaha tidak mengenal erti kegagalan beliau setapak demi setapak berjaya mematangkan diri dan melangkah terus kehadapan menuju puncak kegemilangan.


Anak kepada pasangan Syed Nor Albukhary dan Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat dilahirkan pada 1951.Beliau hanya berbekalkan SPM dan tidak pernah masuk ke Universiti. Tetapi sedikit sebanyak, pengalamannya menolong keluarga dengan berniaga di kampung akhirnya menjadikan beliau seorang usahawan koperat yang disegani.







Nama beliau bukan sahaja terpahat di Malaysia namun turut tersenarai dalam ratusan individu terkaya di dunia.
Video Orang Terkaya Di Malaysia (Tahun Lepas) :





Pada video ini Syed Mokhtar berada pada kedudukan ke-5 daripada 10 orang Terkaya di Malaysia dengan aset menjangkau Rm 8 Billion Ringgit.

Beliau sememangnya seorang yang pemurah dan amat perihatin terhadap masyarakat sekeliling. Beliau menubuhkan Yayasan Albukhary yang membantu golongan miskin. Menyediakan Biasiswa Albukhary kepada pelajar pintar yang tidak berkemampuan dalam dan luar negara. Mewujudkan Muzium Kesenian Islam, membaik pulih serta membina berpuluh masjid di seluruh negara.

Sedikit Profil Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhairy :

A. PENGENALAN

Nama : Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Tarikh Lahir : 1951
Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah
Nama Isteri : Puan Sri Sharifah Zarah Albukhary
Bil. Anak : 4 orang (dua lelaki, dua perempuan)
Pendidikan : Sekolah Saint Michael, Alor Setar
Nama bapa : Syed Nor Albukhary
Nama ibu : Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat

B. PENGLIBATAN AWAL PERNIAGAAN

1971 : Perniagaan daging di Alor Setar
1972 : Perniagaan Pengangkutan Lori (Syarikat Pengangkutan Sentosa)
1974 : Membeli rumah kedai pertamanya, di Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar
1975 : Menubuhkan Syarikat Shah
1976 : Syarikat usahasama, Bukhary Sdn. Bhd, Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar
1977 : Bukhary (KL) Sdn. Bhd., Jalan Pahang, Kuala Lumpur
1978 : Menyertai delegasi Pernas ke Pesta Perdagangan Canton, China
1979 : Syarikat Susu Mas Sdn. Bhd.
: Amtek Holdings
: Amtek Shoes
: Amteks Garment Sdn.Bhd.
: Oriental Garments Uniform Division
: Bukhari Shipping
: Bukhary Development

C. SYARIKAT BERKEPENTINGAN

1. Malaysia Mining Corporation (MMC)

1. Pelabuhan Tanjung Pelepas
2. Johor Port
3. SMART (Stormwater Management and Road Tunnel)
4. Lapangan Terbang Senai
5. Malakoff Corporation
6. Gas Malaysia
7. MMC Oil & Gas Sdn Bhd
8. Tepat Teknik
9. Recycle Energy
10. Aliran Ihsan Resources
11. Zelan Construction
12. IJM
13. MMC-Gamuda (JV)
14. Intergrated Rubber Corporation
15. Kramat Tin Dredging
16. MMC – Saudi Binladin Group – Jazan Economic City
17. 1,030,000 m3/day Shuaibah independent water and power plant – Arab Saudi
18. 200,000 m3/day water desalination plant – Algeria
19. Central Electricity Generation Company – Jordan
20. Dhofar Power Company - Oman

2. DRB-Hicom Berhad

1. Alam Flora Sdn. Bhd.
2. Automotive Corporation (Malaysia) Sdn. Bhd.
3. Continental Automotive Instruments Malaysia Sdn. Bhd.
4. DRB-HICOM Information Technologies Sdn. Bhd.
5. EON Bank Berhad
6. Edaran Modenas Sdn. Bhd.
7. Edaran Otomobil Nasional Berhad
8. Glenmarie Cove Development Sdn. Bhd
9. Glenmarie Golf & Country Club
10. HICOM Communications Sdn. Bhd.
11. HICOM Diecastings Sdn. Bhd.
12. HICOM Engineering Sdn. Bhd.
13. HICOM Network Services Sdn. Bhd.
14. HICOM Properties Sdn Bhd
15. HICOM Teleservices Sdn. Bhd.
16. HICOM United Leasing Sdn Bhd
17. HICOM-Chevrolet Sdn. Bhd.
18. HICOM-Gamuda Development Sdn. Bhd.
19. HICOM-Teck See Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd.
20. Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur
21. Honda Malaysia Sdn. Bhd.
22. Horsedale Development Berhad
23. Imatex Sdn Bhd
24. Isuzu Malaysia Sdn Bhd
25. KL Airport Services Sdn. Bhd.
26. Kenyir Lakeview Resort
27. Kenyir Splendour Berhad
28. Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd.
29. Proton City Development Corporation Sdn. Bhd.
30. Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn. Bhd.
31. Rebak Island Marina Berhad
32. Rebak Marina Resort
33. Scott & English (Malaysia) Sdn. Bhd.
34. Scott & English (Malaysia) Sdn. Bhd.
35. Scott & English Electronics Sdn. Bhd.
36. Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd.
37. Suzuki Motorcycle Malaysia Sdn. Bhd.
38. USF-HICOM (Malaysia) Sdn. Bhd.
39. Uni.Asia General Insurance Berhad
40. Uni.Asia Life Assurance Berhad

3. Tradewinds Corporation Berhad

1. Tradewinds Hotels and Resorts Sdn Bhd;
2. InterContinental Hotels Group - Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur
3. Hilton International - Hilton Batang Ai Longhouse Resort, Sarawak, Hilton Kuching, Hilton Petaling Jaya dan Meritus Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi
4. Mutiara-TCB Hotel Management Sdn Bhd - Hotel Istana Kuala Lumpur, Mutiara Burau Bay Beach Resort, Langkawi, Mutiara Johor Bahru dan Mutiara Taman Negara, Pahang

D. SUMBANGAN YAYASAN ALBUKHARY

Sumbangan Dalam Negara

(i) Kompleks Albukhary yang kemudiannya dinamakan Pusat Kecemerlangan Sharifah Rokiah merangkumi;
a) Pusat Dialisis dan Hospital Albukhary
b) Hostel Albukhary
c) Masjid Albukhary
d) Pusat Pendidikan Masyarakat
e) Pusat ‘Pondok’ Moden
f) Rumah Anak-anak Yatim Albukhary
g) Pusat Kanak-kanak Istimewa
h) Pusat Jagaan Warga Emas
i) Souq Albukhary dan pasar basah
j) Universiti Antarabangsa Albukhary (kemasukan pertama dijangka pada 2010)
(ii) Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin (terutama pelajar negara OIC ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
(iii) Tuisyen Albukhary (tuisyen percuma) kepada pelajar miskin seluruh negara
(iv) Program Tahunan, Bantuan Uniform Sekolah kepada pelajar miskin
(v) Kursi Albukhary di Fakulti Seni bina dan Rekaan Alam, UIAM
(vi) Membina Muzium Kesenian Islam (muzium terbesar di Asia Tenggara yang memaparkan hasil seni Islam)
(vii) Membina dan membaik pulih masjid seperti Masjid Negara, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Albukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
(viii) Membina Institut Al-quran, Kuala Lumpur
(ix) Sumbangan bagi pembinaan Blok Menara, Universiti Terbuka Wawasan, Pulau Pinang
(x) Sumbangan bagi pembinaan kampus tetap Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar, Perak
(xi) Sumbangan / pembiayaan dalam bidang sukan dan rekreasi seperti Malaysian Lawn Bowls Federation, ekspedisi solo Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir ke Antartika dan Datuk Malik Mydin, rakyat Malaysia pertama berenang di Selat Inggeris
(xii) Membina Ibu Pejabat Yayasan Jantung Negara, Kuala Lumpur
(xiii) Membina Pusat Hemodialisis di Kangar, Perlis dan Johor
(xiv) Membina Ibu Pejabat Yayasan Budi Penyayang, Pulau Pinang
(xv) Membina Pusat Pemuliharaan – Warisan & Seni Islam
(xvi) Membiayai orang Islam miskin menunaikan haji
(xvii) Sumbangan kepada Projek Langkawi (dana pendidikan luar bandar anjuran MCA)

Sumbangan Peringkat Antarabangsa
(i) Sumbangan kepada Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom
(ii) Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon
(iii) Sumbangan bagi pembinaan kampus baru Darul Uloom Islamic Academy, Brisbane, Australia
(iv) Sumbangan kepada mangsa gempa bumi Sichuan, China
(v) Program Anak-anak Yatim Albukhary di Daerah Nanggroe, Aceh, Indonesia
(vi) Albukhary Rehabilitation Centre, misi kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi Bam, Iran
(vii) Albukhary Care Centre, Battagram, pusat latihan vokasional dan akademik di Pakistan
(viii) Schevenezia Software Technologies, pengajian teknologi maklumat kepada pelarian Afghanistan dan rakyat Pakistan
(ix) Sumbangan kepada Shaukat Khanum Memorial Cancer Hospital and Research Centre, Lahore
(x) Sumbangan bagi pembinaan bangunan utama universiti, Sarajevo School of Science dan Technology dan pengukuhan Economics and Good Governance Fellowship
(xi) Sumbangan bagi pembinaan Saidina Abubakar Hospital and Training Centre, Kampala, Uganda (mencegah penularan HIV/Aids)
(xii) Membeli dan mengubahsuai Cantray House, Afrika Selatan – pusat intelektual dan kefahaman Islam
(xiii) Membeli dan mengubahsuai Sir Herbert Baker Society’s Heritage Church kepada The Jumu’a Mosque, Cape Town, Afrika Selatan
(xiv) Street Kids Welfare Programme, Mitchel’s Plain, Cape Town, Afrika Selatan
(xv) Baikpulih Masjid Mohiyudheen, Payyannur, Kerala, India dan Masjid Al-Rahma, Azhikode, India
(xvi) Islamic Studies Programme, Le High University, Pennsylvania, United States of America

E. ANUGERAH / PENGHARGAAN / PINGAT YANG DIPEROLEHI
(i) Tokoh Maal Hijrah 1429H oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
(ii) Panglima Setia Mahkota (Tan Sri) - Persekutuan
(iii) Dato’ Setia Mahkota Kedah (Dato’) – Kedah
(iv) Pencalonan ‘Top 20 Progressive Asians’ oleh majalah World Business (20 Mei 2007)
(v) Muzium Kesenian Islam - IRCICA Award daripada OIC Research Centre for Islamic Culture & Art (2003)
(vi) Muzium Kesenian Islam – Montblanc Arts & Patronage Award daripada Paris-based Montblanc Cultural Foundation (2003)
(vii) ‘Malaysia’s Chosen One’ – Majalah Time (2002)

Berikut pula ialah prinsip-prinsip yang di amalkan oleh Beliau :

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu Boleh kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu Boleh yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu Boleh kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu Boleh kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu Boleh kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu Boleh. Di kampung orang Melayu Boleh berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

Begituah seba sedikit tentang latarbelakang dan pencapaian Tokoh Perniagaan Cemerlang Melayu.
Semoga artikel ini menjadi pendorong kepada Anak Melayu yang lain untuk berjaya.
Melayu Boleh!

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment