Latest News

Seronok Bekerja Akan Membuat Gaji Anda Naik

Wednesday 17 June 2009 , Posted by Faiz at 22:59

Apabila Anda sudah seronok dengan kerja Anda, suka bekerja (bukan suka dipaksa-paksa semata-mata sebab putus cinta) dan seronok melakukan tugas-tugas dalam kerjaya Anda, sedar tak sedar keseronokan itu akan membuat gaji Anda naik walaupun Anda tak minta. Sukar untuk saya menerangkan teori motivasi saya ni dari segi saintifik dan angka-angka kewangan.

Tapi dari segi spiritual, sesuatu kerja yang dilakukan dengan penuh keseronokan dan keghairahan, ia akan mempengaruhi tahap ganjaran dalam bentuk fizikal. Dalam kes ini, ia adalah duit gaji. Cuba ambil contoh lain, dalam perniagaan misalnya kerana dunia perniagaan penuh dengan pelbagai keadaan yang tak menentu, berbanding dengan dunia pekerjaan.

Jika Anda seronok berniaga, seronok menjual sesuatu dan seronok mencipta produk baru, serta merta pendapatan Anda akan naik. Kemudian, kenaikan itu akan menjadikan Anda makin seronok lalu Anda terdorong untuk mencipta dan menjual banyak lagi produk-produk baru.

Bila mendapat semakin banyak untung, ia akan memotivasikan Anda, mendorong Anda untuk mencipta dan menjual lebih banyak produk, semakin banyak dari yang sebelumnya. Anda sudah tidak kisah dengan jumlah untung yang banyak itu kerana Anda cukup seronok menjual sesuatu dan Anda juga seronok mencipa produk baru.

Orang berniaga sepatutnya kena seronok berniaga terlebih dulu tanpa memikirkan soal duit, kerana duit tetap akan dapat bila sudah berjaya menjual sesuatu sama ada menjual barang, menjual maklumat atau menjual perkhidmatan. Keseronokan akan mula hilang perlahan-lahan apabila Anda bekerja atau berniaga semata-mata kerana duit, melakukan sesuatu kerana duit, atau terdorong mengusahakan sesuatu kerana ia mendatangkan duit, banyak pula.

Industri perguruan kita adalah contoh terbaik situasi ini. Cikgu-cikgu bekerja menjadi cikgu kerana mahukan duit gajinya yang tetap dan berpencen dari kerajaan tanpa ada minat sepenuhnya mendidik anak bangsa. Ini realiti. Dengan duit gaji, seorang cikgu boleh apply loan untuk beli rumah, kereta, apply pinjaman, termasuk apply kad kredit.

Last-last, malas nak mengajar, berat kaki nak datang ke sekolah, stres bekerja sebab terasa mengajar macam satu beban yang amat berat untuk dilakukan. Kesannya, hinggap stress, tekanan dan bermacam permasalahan. Ampun maaf pada cikgu-cikgu.

Namun, apa yang saya katakan ini fakta sebenar kerana dalam keluarga saya kebanyakannya jadi cikgu. Bahkan, ramai kawan-kawan juga bekerja jadi cikgu. Ada yang seronok jadi cikgu, ada yang tak seronok jadi cikgu (cuma seronok terima gaji kerja jadi cikgu!).

Hakikatnya, saya melihat orang yang seronok bekerja jadi cikgu, gajinya entah cemana leh naik pula. Jawatannya naik, penghormatan orang padanya pun naik, simply sebab dia seronok mengajar, sangat seronok ketika berada di sekolah, ketika dikelilingi murid-muridnya. Susah untuk kita jumpa seorang cikgu yang minat mengajar 100%, sangat suka mengajar dan tak berapa amik kisah dengan duit gajinya, seolah-olah tak sedar yang gajinya memang ada tiap-tiap bulan.

Ok, tutup cerita pasal tu. Mulai saat ni, sama-samalah kita ingat mengingati. Dahulukan minat dari duit, pentingkan keseronokan dari ganjaran kerana ganjaran yang banyak akan timbul secara automatik bila Anda keseronokan yang juga banyak. Biarkan diri Anda jadi terlalu seronok, terlalu minat, terlalu ‘angau’ dengan sesuatu pekerjaan sehinggakan Anda macam dah tak kisah soal duit, untung, atau gaji.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment