Latest News

Dr Sheikh Muszaphar Shukor - bukti Melayu juga boleh ke angkasa

Wednesday 17 June 2009 , Posted by Faiz at 23:24

Nama Dr. Sheikh Muzaphar Shukor memang sudah tidak asing lagi. Turut dikenali dengan gelaran Dr. SMS, Dr. Sheikh telah membuktikan bahawa Melayu juga boleh menjadi seorang angkasawan dan menerokai angkasa lepas. Dr. Sheikh merupakan antara calon yang paling layak ke angkasa di antara beribu calon-calon yang lain. Dr. Sheikh merupakan salah satu ikon Melayu Boleh yang harus kita teladani.

Sebelum itu, mari kita bersama-sama mengimbas kembali kejayaan Dr. Sheikh sebagai Melayu Boleh yang pertama berjaya ke angkasa di dalam video ketika Dr Sheikh Muszaphar mengadakan sidang interaksi secara langsung di dalam Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS):


Dr. Sheikh telah berlepas dari Baikaonur Cosmodrome pada jam 9:21 malam waktu Malaysia ke angkasa. Ini merupakan saat manis kejayaan seorang Melayu Boleh !!

Untuk calon kedua Melayu Boleh ke angkasa pula, Kapten Dr Faiz Khaleed merupakan antara calon yang mungkin sekali lagi membolehkan melayu ke angkasa sekali lagi !!

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment