Latest News

Minda Kita Adalah Kompas Biologi

Wednesday 17 June 2009 , Posted by Faiz at 22:55

Bila Anda bekerja atau berniaga kerana minat, anda tak akan terdorong berkata “bekerja untuk mencari rezeki” kerana fikiran Anda terfokus sepenuhnya pada apa yang menjadi keminatan Anda. Jika Anda minat kereta, kemudian Anda jadi mekanik kereta, Anda tak akan kata “bekerja jadi mekanik utuk mencari rezeki”. Anda tak akan suka cakap sebab bunyinya macam terpaksa.

Bila Anda cakap, “saya bekerja untuk nak menimba pengalaman” bunyinya lagilah macam terpaksa, bahkan semacam dipaksa-paksa! Mulai hari ni, walaupun Anda tak minat kerja Anda, Anda minat perniagaan Anda, cuba selidiki, gali, kaji, cari cara cemana Anda leh minat dengan kerja tu, ngan bisnes tu supaya Anda ada cetusan motivasi untuk melakukannya dengan cukup hebat, bagus sekali.

Time sekolah dulu, ada pelajaran yang kita minat, ada yang kita tak minat. Tapi, bagi seorang pelajar yang tekadnya nak cemerlang di sekolah mahupun di universiti, nak cemerlang, nak sukses punya pasal, dia akan cari cara cemana dia leh minat dengan subjek yang dia langsung tak minat supaya dia cemerlang dalam semua subjek. Apa yang Anda cari, Anda tentu akan jumpa.

Minda kita adalah kompas biologi. Apa yang Anda persoalkan, dia akan cari jawapannya. Saya tak tahu cemana minda kita cari.

Yang saya tahu, saya kerap tanya diri sendiri, kerana bila tanya diri sendiri, apa yang kita tanya tu akan ditangkap sepenuhnya oleh minda tanpa tertinggal sedikitpun. Bila ditanya banyak kali, diulang-ulang berkali-kali, dipersoalkan berkali-kali, minda akan memberikan jawapannya dalam bentuk idea. Idea tu pula akan timbul dalam situasi yang tak disangka-sangka.

Persoalannya sekarang, untuk Anda cari minat, tanya diri sendiri apa yang Anda boleh membuat Anda minat dengan sesuatu yang tak Anda minati. Untuk kita sentiasa seronok bekerja, kita perlu kenal pasti apa yang membuat kita seronok. Tanya diri sendiri apa yang membuat kitak seronok, supaya kita tahu apa yang membuat kita benar-benar seronok!

Minda kita senang mengenal pasti apa yang kita tak suka. Bila kita tanya diri sendiri apa yang kita suka, minda akan cepat memberitahu. Misalnya, dalam sebuah kereta, tiba-tiba kawan disebelah Anda pasang lagu My Chemical Romance dengan kuat sekali di cd player kereta Anda. Anda jadi kurang selesa, lantas menukar lagu tu kepada lagu lain. Tetiba pula keluar lagu nyanyian Anuar Zain, tajuknya Lelaki Ini.

Mendengar lagu itu seketika mendatangkan ketenangan buat Anda, lantas membuat Anda seronok mendengarnya. Pengajaran, Anda tak suka My Chemical Romannce, tapi Anda suka Anuar Zain. Maka, lagu Anuar Zain itulah yang mendatangkan keseronokan buat Anda.

Sama juga ketika kita bekerja atau berniaga. Untuk benar-benar tahu apa yang membuat kita seronok, kita kenal pasti dulu apa yang membuat kita tak seronok. Disebalik kerumitan pasti ada kesenangan. Fokus pada penyelesaian masalah, bukan pada masalah.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment