Latest News

Kenapa sejak dahulu sehingga ke hari ini orang Melayu sukar untuk maju di negara sendiri?

Wednesday 17 June 2009 , Posted by Faiz at 23:19



Kenapa sejak dahulu sehingga ke hari ini orang Melayu sukar untuk maju di negara sendiri?

….. dan kenapa orang-orang Melayu tidak boleh berfikir seperti bangsa Cina yang boleh bersatu walaupun berlainan fahaman politik dan boleh mengutamakan kepentingan bangsa lebih dari diri sendiri sehingga memungkinkan mereka berjaya walau dimana sahaja mereka berada walaupun di negara asing?

Jawapan-jawapan untuk pilihan anda:

(A) Kerana sikap orang itu sendiri yang malas berusaha, tidak mahu bersusah-payah dan mudah merasa selesa dengan apa yang ada. Sikap ketuanan dan bangga kedudukan masih menebal hingga menutup pemikiran.

(B) Orang Melayu telah ditanam dengan pemikiran penjajah- ‘makan gaji’ yang menjanjikan kehidupan terjamin tanpa perlu berusaha. Berniaga tiada dalam kamus kehidupan kerana penuh berisiko, tiada pengalaman dan tidak tahu (mahu) belajar berniaga. Survival masa depan Melayu adalah tanggungjawab kerajaan semata-mata.

(C) Budaya subsidi dikalangan Melayu yang sentiasa mengharapkan pertolongan kerajaan- tiada tanah tak boleh bertani, tiada pinjaman tidak boleh berniaga, tiada biasiswa tidak boleh belajar. Pendek kata kerajaan perlu menyediakan segala kemudahan terlebih dahulu dengan harapan orang-orang Melayu boleh maju(?)

(D) Orang-orang Melayu malas mencari ilmu membaca dan belajar untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran agar dapat berdaya saing dengan bangsa lain.

(E) Orang-orang Melayu takut mengambil risiko (dengan seribu satu alasan) terutama sekali dalam bidang perniagaan akhirnya kekal sebagai bangsa yang mengharap bangsa lain untuk hidup di negara sendiri dari memohon pekerjaan sehinggalah kepada membeli keperluan dapur.

(F) Sikap tamak haloba mementingkan diri dan berhasad dengki dikalangan orang-orang Melayu sendiri. Prinsip kepentingan diri lebih penting dari kepentingan bangsa menjadi pegangan.

(G) Orang-orang Melayu yang diberi amanah oleh peminpin dan kerajaan untuk membantu bangsa lebih suka membantu diri sendiri dan keluarga terlebih dahulu. Survival politik diri sendiri lebih penting dari survival politik bangsa.

(H) Orang-orang Melayu sememangnya sudah ditakdirkan tidak boleh maju. Realitinya berbanding dengan bangsa-bangsa di merata dunia sehingga ke benua Afrika, kebanyakan bangsa Melayu hidup melarat atau cukup makan sahaja dan kekurangan dari segala segi ilmu ekonomi, teknologi malahan pemikiran. Orang-orang Melayu Malaysia apa bezanya?.

(I) Dalam sektor perniagaan yang penting kebanyakan orang-orang Melayu kurang ilmu- pengurusan perniagaan, kewangan, pemasaran. Sikap dah merasa diri cukup pandai, tidak perlu menambah ilmu dan malas membaca/belajar menambah parah keadaan ekonomi bangsa.

(J) Sikap kebanyakan orang-orang Melayu sanggup berbelanja ratusan hingga ribuan ringgit untuk perkara-perkara yang menghiburkan walaupun pendapatan terhad- makan ditempat mahal, membeli pakaian yang mahal, pergi melancong, menukar kereta (menambah hutang) tetapi tidak bersedia untuk menabung atau melabur untuk masa depan seperti membeli insurans kesihatan, pendidikan dan menambah ilmu dan jauh sekali membuat amal jariah membangunkan bangsa dan agama (walaupun harta dan simpanan mencecah ratusan ribu hingga jutaan ringgit).

(J) Perkataan ‘melayu’ itu sendiri yang membuatkan bangsa Melayu ‘menjadi layu / melayu’ di negara sendiri?



Nota: Sepertimana anda, kami disini juga tidak bersetuju dengan pilihan jawapan-jawapan diatas. Bukan kami hendak memburukkan bangsa sendiri, tetapi inilah realiti yang sedang kita hadapi pada hari ini.

Pujian dan penghargaan kami berikan kepada sebilangan orang-orang Melayu kita yang telah berjaya dalam perniagaan dan kerjaya mereka serta sentiasa berfikir untuk memajukan bangsa. Semoga Allah sentiasa membantu mereka.

Mungkin saudara pembaca juga telah mencapai kejayaan (mengikut ukuran peribadi) dan boleh menyumbang buah fikiran agar dapat memotivasikan minda sahabat-sahabat Melayu kita yang lain.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment