Latest News

Buku Motivasi Percuma

Wednesday 17 June 2009 , Posted by Faiz at 22:41

Pernah tak ada kampeni penerbitan berani menerbitkan buku motivasi percuma? Pernah tak Anda mengetahuinya, mendengar tentangnya atau terbaca kisahnya?

Mungkin belum lagi, atau mungkin tidak. Biasanya kampeni penerbitan hanya menerbitkan buku motivasi dengan harga tertentu, dari RM10, RM15 dan tingkat harga yang lebih dari itu. Jika di internet, sebut majalah motivasi percuma, eZine percuma, itu dah ada orang buat. Setakat ini, sebuah majalah digital percuma sedang diedarkan, boleh Anda download secara percuma, leh print out percuma.

Majalah digital itu berkisar tentang dunia perniagaan internet. The good news is, saya diberi peluang menjadi salah seorang penulis di situ. Krew MajalahIM.com telah menerbitkan edisi terbaru majalah digital mereka, MajalahIM edisi ke 13.

Edisi kali saya tak sempat nak hantar artikel kerana masa saya 2 bulan lalu ’sesak’ dengan latihan fizikal hingga menukar kulit saya jadi hitam legam. Untuk menebus kekecewaan itu, Anda akan dapat membaca artikel motivasi saya di MajalahIM untuk keluaran akan datang. Topiknya menarik sekali, berkisar soal Pro Blogging.

Artikel yang terbit di dalam MajalahIM.com tidak pernah diterbitkan dalam blog iMotivasi dan mana-mana blog kendalian saya. Mungkin tajuknya berkaitan, skopnya dekat-dekat cuma cara penyampaiannya berlainan.

Seboleh mungkin saya cuba nak menulis artikel-artikel motivasi pendek tapi masih tak dapat juga sebab motivasi ni memerlukan penerangan terperinci, mendalam supaya Anda faham. In depth detail kata omputih. Bila tulis ringkas dan pendek, orang yang membaca tak akan puas hati. Dia nak saya terangkan lagi.

Impian saya satu hari nanti, saya dapat memberikan buku motivasi percuma buat Anda. Komuniti kita sepatutnya kena ada orang yang memainkan peranan camni. Buku motivasi percuma tu bukan sekadar percuma, tapi isi kandungannya mengandungi panduan “how to” yang berguna pada ramai orang.


P/s; Download ebook motivasi 7 Teknik Motivasi Osman Affan di sini

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment