Latest News

Kata-kata Motivasi 40

Wednesday 17 June 2009 , Posted by Faiz at 22:54


Kata-kata motivasi 40 adalah…

“Seseorang yang merasa dirinya amat bagus dan riak dengan kebagusannya, sebenarnya dia baru saja memberitahu orang lain satu petanda yang dia orang yang tak bagus untuk dijadikan seorang kawan, juga tak berapa bagus untuk mengekalkan tahap kebagusannya”.
Anda mungkin selalu berjumpa dengan orang yang berkata dirinya amat bagus. Mungkin, dia akan merendah-rendahkan diri Anda dan sesiapa saja kerana pada anggapannya Anda tak sebagus dia, sesiapa saja tak sebagus dia. Orang yang merendah-rendahkan orang lain, riak, besar dia punya temberang, menunjuk-nunjuk, akan membuat orang sekeliling kurang senang dengan dirinya.

Kesannya, fikiran mereka yang kurang senang itu yang ditujukan pada orang tadi, menjadi satu doa meminta agar orang tadi yang temberang itu disusahkan hidupnya. Lebih banyak mereka kurang senang dengan sikap riaknya, umpama makin keraplah mereka melafazkan doa.

Haa, jangan memain dengan perasaan orang sekeliling kerana fikiran mereka boleh bertindak sebagai satu doa, meminta supaya hidup Anda supaya jadi bermasalah. The best solution is, be nice to people. Jika Anda nak menunjukkan sesuatu sebagai bukti kredibiliti, kawal.

Pastikan ia bukan bernada riak atau menunjuk-nunjuk. Hati-hati, kita mungkin menunjuk-nunjuk tanpa kita sendira sedari, terutama bila kita dah berjaya nanti.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment