Latest News

Nik Nur Madihah - Melayu Boleh Skor SPM !!

Wednesday 17 June 2009 , Posted by Faiz at 23:26

Beberapa bulan yang lalu, kita telah dikejutkan dengan kejayaan seorang gadis Melayu Boleh yang bernama Nik nur Madihah Nik Mohd Kamil.Si gadis yang berasal Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kelantan ini telah berjaya memperoleh 20 A di dalam peperiksaan SPM pada tahun 2008 yang lepas. Kejayaan adik Nik Nur Madihah ini merupakan salah satu bukti bahawa Melayu juga boleh berjaya dalam pelajaran !!

Kejayaan Madihah juga membuktikan bahawa gadis Melayu juga boleh berjaya seperti kaum lelaki. Apa yang penting adalah kesungguhan seseorang dalam mencapai kejayaan. Inilah semangat Melayu Boleh yang harus kita semua teladani.

Apakata kita berkenalan dengan lebih lajut tentang gadis Melayu Boleh ini. Berikut adalah biodata Nik Nur Madihah:

Nama : Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal
Umur : 18 tahun
Asal : Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kelantan
Anak : Pertama dari 4 beradik
Nama Bapa : Nik Mohd Kamal Husin
Umur Bapa : 41
Pekerjaan Bapa : Nelayan
Nama Ibu : Mariani Omar
Umur Ibu : 42
Pekerjaan Ibu : Pencuci di Universiti Malaysia Kelantan
Anugerah : Pelajar Terbaik SPM 2008 Malaysia
Sekolah : Ma'ahad Muhammadi Perempuan Kelantan
Pencapaian SPM 2008 : 20A (19 A1 dan 1 A2)
Pencapaian PMR 2006 : 9A
Idola : Siti Nur Fatimah Mukhtar (senior Ma'ahad Muhammadi (P) Kelantan / Pelajar Terbaik SPM 2006)
Cita - Cita : Ahli Fizik



Dan, mari kita bersama-sama menonton rahsia kejayaan Madihah dalam SPM di video ini:

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment