Latest News

(Gambar) Diana Danielle, Suki & Aliff Di Kem PLKN - Apabila Bintang Berdikari

Tuesday 16 June 2009 , Posted by Faiz at 18:56





“Saya tetap kena denda, malah dimarahi oleh jurulatih samamacam pelatih lain kalau buat salah. Saya bukan bintang di sini (KemPrincess Haliza).”



Demikian pengakuan pelakon cantik, Diana Danielle, 18, yang menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa status selebriti yang dimilikinyamendorong pengurusan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) memberikeistimewaan kepadanya selama latihan tiga bulan itu. Lagi gambar selepas ini…


Diana mengakui dia sama seperti remaja lain, tiada layanan istimewa sejak dua minggu mengikuti latihan.
Pada satu ketika, dia terpaksa menerima hakikat dimarahi jurulatih kerana datang lambat ke sesi latihan.



Namun Diana yang terpilih sebagai Timbalan Penghulu Wirawati di kemitu, bersyukur kerana dapat mengadaptasikan suasana baru yang cukupmenguji ketahanan mental dan fizikal dengan cepat.
Malah dia juga berjaya menangkis tanggapan mereka yang pada mulanya ragu-ragu untuk mendekatinya atas kepercayaan dia mungkin sombong.


Tetapi di sebalik latihan itu, badannya pula bertambah berisi.


Dulu berat badan saya hanya 55 kilogram tapi setelah dua minggu disini dah 60 kilogram, mana tidaknya, dalam sehari enam kali makan,”katanya.
Ditanya sama ada beliau merindui bidang lakonannya, Diana menjawab:”Tak rindu langsung, saya sudah mula sesuaikan diri di sini dan setiaphari saya tak sabar nak lakukan aktiviti PLKN dan sanggup bangun 5 pagi.”

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment