Latest News

Rozita Nafi ‘Demand’ Tinggi!

Wednesday 17 June 2009 , Posted by Faiz at 18:54

“Itu bukan saya. Saya tak pernah ‘demand’ macam tu sekali. Tak mungkin saya minta RM50,000 hanya untuk enam ’scenes’. Saya pun tahu juga batas-batasnya. Mereka mungkin salah faham,” kata Rozita Che Wan, 36, mengenai kontroversi yang melandanya ketika ini. Pelakon jelita itu dikatakan bersikap ‘demand’ dengan meminta bayaran yang tinggi untuk membintangi filem ‘Dimensi Cinta’ arahan Mohd Aliff Najmi Abdullah atau Eddie Pak. Dek permintaannya yang ‘tidak masuk akal’ itu, pihak produksi filem itu, Harian Inovatif, telah menggugurkan nama Rozita dan menggantikannya dengan pelakon Catriona Ross. Bagaimanapun kata Rozita, sejak awal lagi dia sudah memberi kata putus kepada penerbit bahawa dia tidak dapat membintangi filem tersebut kerana terikat dengan beberapa projek yang lain.
Katanya, tidak timbul soal dia telah digugurkan daripada produksi itu. “Saya ditawarkan untuk berlakon filem ini sejak awal Disember tahun lalu. Ketika itu saya cuma sempat terlibat dengan pelancaran filem itu sahaja dan aktiviti yang selebihnya tidak dapat dipenuhi sebab saya terlalu sibuk dengan penggambaran lain. Oleh kerana saya tidak dapat memberikan komitmen untuk filem tersebut, saya menarik diri. Perkara ini sudah pun saya maklumkan pada pihak penerbitan.







“Sebenarnya saya tak mahu panjang-panjangkan cerita. Tapi bila keluar isu seperti ini, secara tidak langsung akan menjejaskan nama saya. Manakan tidak, sudah ada rakan-rakan yang mula mengusik saya, mereka kata ‘takutlah nak ambil saya berlakon sebab saya minta bayaran tinggi’. Malah tidak mustahil kalau ada produksi juga takut untuk mengambil saya berlakon lepas ini.

“Terus-terang, memang saya letakkan harga untuk berlakon, tapi tak adalah sampai tinggi macam tu. Biasanya, saya tengok juga watak apa, berapa scene dan tempoh ‘shooting’ sesuatu filem atau drama itu. Dan sebelum ini pun tak pernah ada produser yang merungut dengan bayaran yang saya letakkan,” jelas Rozita yang bakal menjalani penggambaran filem ‘Aman’ arahan Prof Hatta Azad Khan di samping kumpulan Senario pada bulan Mei ini.

credits: Sinar Harian

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment