Latest News

Ebook Import Dari China

Tuesday 16 June 2009 , Posted by Faiz at 17:23



Negara China kini lebih dikenali sebagai "Kilang kepada dunia" kerana anda boleh menjumpai barangan buatan negara China di hampir setiap negara di seluruh dunia. Komputer yang anda sedang gunakan untuk membaca laporan ini juga besar kemungkinan mengandungi barangan buatan negara China.

Negara China kini sudah mengambil tempat pertama sebagai pusat kegiatan ekonomi dunia, dan anda sepatutnya bersedia untuk mengambil peluang daripada perubahan ini.
Perubahan baru ekonomi di negara China seperti permulaan bursa saham negara China, peningkatan pelaburan luar ke negara China dan usaha berterusan daripada usahawan-usahawan mereka, membawa maksud yang ekonomi di negara China akan semakin berkembang dan meningkat dengan lebih pesat berbanding sebelum ini.

Perbezaan paling besar di sini untuk anda dan usahawan lain di seluruh dunia adalah kini komunikasi dengan negara China sudah menjadi lebih mudah dan akan mempercepatkan hubungan perniagaan dua-hala dengan mereka.




Adakah negara China sesuai untuk saya?...

Berikut merupakan di antara beberapa sebab utama mengapa anda perlu mengimport dari negara China:


Kos pembuatan yang murah: Kilang-kilang di negara China menghasilkan pelbagai jenis produk dan pada kebiasaannya harganya adalah jauh lebih murah berbanding negara lain di dunia.



Polisi pintu terbuka negara China: Pembekal dari negara China semakin menuju ke arah aktiviti mengeksport barangan mereka ke pasaran luar dan semakin meningkatkan aktiviti pemasaran kepada pelanggan luar negara.


Perkhidmatan Drop-shipping: Ramai pembekal negara China yang memberikan perkhidmatan Drop-Shipping untuk pelanggan mereka.


Mudah berurusniaga: Walaupun terdapat perbezaan bahasa, terdapat cara untuk mengurangkan masalah ini apabila anda melakukan urusniaga dengan mereka (saya akan berkongsi rahsianya di dalam ebook ini).

Walaupun anda belum pernah ke negara China, penduduknya tidak akan menyingkirkan anda walaupun anda masih baru kepada negara mereka. Mereka akan membantu anda dengan sebaik mungkin. Jangan risau! Anda cuma perlu memulakan langkah pertama dan terus mengambil peluang yang besar ini!

Downlaod ebook ini..di sini


Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment