Latest News

Diana Danielle Dapat Pelepasan Hadir ABPBH 2009 - PLKN

Tuesday 16 June 2009 , Posted by Faiz at 18:54







Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memberikan lampu hijau kepada pelatih selebriti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Diana Danielle, 18, atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Lee Beeson (gambar) untuk menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada 12 April ini.



Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil ketika dihubungi memberitahu, Timbalan Penghulu Wirawati Kem Princess Haliza, Sungai Pelek itu diberi pelepasan selama dua hari berdasarkan surat permohonan yang diterima daripada keluarga Diana dan pihak penganjur majlis itu.



Diana diberikan pelepasan pada Sabtu dan Ahad ini sahaja, selepas itu dia perlu balik semula ke kem pada pagi 13 April.
Perkara ini bukan luar biasa dan bukannya juga keistimewaan kerana ia prosedur yang diamalkan di semua kem PLKN di seluruh negara.
Kita berikan pelepasan kerana kita tidak adakan latihan pada Sabtu dan Ahad,” katanya

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment