Latest News

Isteri Akhil Hayy: Kesabaran Sampai Penghujungnya

Tuesday 16 June 2009 , Posted by Faiz at 18:51





Ekoran dari pengakuan isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal mengenai perceraian mereka semalam, Harian Metro hari ini terus bongkar cerita tentang punca keretakan rumahtangga pasangan itu.


Dedah Maizawati, suaminya pernah mengakui perhubungannya dengan “penyanyi wanita itu” malah diminta izinnya untuk berkahwin. Walaupun diizinkan Maiwazati kerana mempercayai suaminya mampu serta boleh berlaku adil, namun menurutnya, tidak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum.



Mungkin pihak di sana tidak sudi menerima saya sebagai madu, jadi biarlah saya mengundur diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.”


Ditanya mengapa jika sudah rela dirinya di madukan, sekarang dia ingin pula menuntut cerai, Maizawati menjelaskan, “Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka ada ibu tiri.”


Tambahnya lagi, suaminya tidak memberitahu di mana dia tinggal serta apa yang dilakukannya. Kali terakhir Akhil pulang ke rumah adalah pada Februari lalu.
Saya sering mengingatkan anak supaya jangan diambil peduli apa orang kata. Yang penting, saya terima hakikat bahawa jodoh kami sampai sini saja dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ustaz dan wanita itu.”

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment